Merancang wang untuk pendidikan anak-anak.
Dari sudut rancang wang untuk pendidikan anak-anak, bila keadaan di mana
kita perlukan wang yang banyak?
JAWAPAN
1. Ada tiga keadaan di mana kita
memerlukan belanja pendidikan yang tinggi.
a)
Pada bulan disember pada setiap tahun
untuk anak naik sekolah
b)
Pada masa anak memasuki institut
pengajian tinggi ipta/ipts
c)
Belanja bulanan semasa anak di ipta/ipts
jika anak tidak mendapat pinjaman atau biasiswa.
2. Untuk belanja IPT, kita sebagai ibubapa perlu melihat
jauh kehadapan. Kalau anak kita berumur 3 tahun hari ini, kita perlu melihat 15
tahun kehadapan, hari dimana beliau memasuki gerbang pengajian tinggi.
Kalau tak masuk IPT pun dia mungkin kena masuk pusat pendidikan kemahiran.
Sebab kalau anak kita tak boleh cemerlang dalam akademik, kita kena pastikan anak
kita cemerlang dalam kemahiran seperti mekanik, aircon, kimpalan, jahit baju
secara industri. Semua ini memerlukan kewangan yang mencabar. Justeru itu
kitalah sebagai perancangnya untuk masa depan anak-anak.
3 Perkara Perlu Tindakan Segera
Menabung, menyimpan dan melabur?
Memang menyimpan atau
menabung amat penting, tetapi kita tidak mahu simpan di rumah seperti di bawah
bantal, di celah-celah pinggan atau bawah tilam. Itu cara zaman dulu, tak
sesuai dah. Kita kena simpan di institusi contohnya tabung haji, cuma
tabung haji tak bagi pulangan seperti zaman dulu7-8%. Sekarang dalam 4% sahaja.
So saya mencadangkan pelaburan amanah saham atau unit trust dengan cara potong
gaji. Potonglah gaji walau dengan hanya RM100 sebulan. Pada
mulanya mungkin kita terasa hilang RM100 itu, tapi lama-lama kita tak sedar dan
terbiasa. So jangan teragak agak nak buat potongan gaji RM100 untuk tabungan di
amanah saham atau unit trust. Ini adalah antara yang saya
galakkan iaitu ”Konsep Simpan Dulu Baru Belanja”
Bonus Dan Raya
Untuk menampung perbelanjaan awal tahun,
kebanyakan kita bergantung kepada bonus. Itu sebab bonus amat penting untuk
kepada mereka yang makan gaji. Maka jangan pula bonus dibelanja untuk sport rim, perabut rumah atau
sebagainya. Patut- patutlah berbelanja untuk hari raya. Zaman menukar perabut
pada tiap tahun nak hari raya mungkin dah berlalu. Zaman ni zaman barang naik
mendadak. Beras yg dulu kita rasa murah harganya pun dah naik. Yang masih sama
harganya ialah beras yang kurang kualitinya.
UNIT AMANAH: Apa Pilihan Anda ?
Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah
suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang
berstruktur.Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap
jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran.
Tindakan yang kita lakukan iuntuk mengimbangi risiko semasa mungkin
akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur
di dalam Unit Amanah. Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah :-
1. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan
panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa
hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian
yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka
mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.
Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit
tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan
pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit
tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.
Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 - RM9,308 = (RM692)
2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan
membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik
semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih
dari 3 tahun).
Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka
menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun
ianya sedikit. Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,
Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 - RM10,000 = RM1,220 (12.2%)
3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan
mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah
unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit
pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung
pelaburan.
Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi” .
Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada
harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah
unit 40,000 unit.
Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 - RM9,400 = RM1,820 (18.2%)
Pilihan adalah ditangan ANDA !!!!!